Friday 30 November 2012

Tiada kata

Aku nak sangat cerita pasal mak.. Tapi aku rasa kata-kata aku tak dapat menceritakan segalanya.. Kata-kata aku terlalu murah untuk menggambarkan plot-plot yang aku ingin sampaikan tentang mak.. Jadi cerita tentang mak selalu tersimpan macam tu sahaja...

Dan di sebalik semua sebab-sebab yang dapat aku nyatakan,yang paling tepat ialah hati aku sendiri tak betapa nak kuat untuk menulis pasal mak.. Nak letak gambar pun tak punya daya.. Mak, baik-baik saja di sana ya..

Sunday 18 November 2012

Hati yang gelisah

Sejak beberapa bulan yang lepas, hati selalu diserbu rasa gelisah.. Rasa yang macam kau nak pergi mengadap cikgu disiplin selapas kau kantoi fly dari asrama atau rasa seperti kali pertama nak berjumpa bakal mak mertua yang mana kau tahu pasangan kau adalah anak emak atau family guy.. Sebu dalam dada sampai nafas kau tersekat-sekat.. Bermulanya bila mak dimasukkan ke hospital.. Sampailah ke 13 hari yang lepas mak pergi tak mungkin kembali.. Dan lewat bebrapa hari ini rasa gelisah tu datang lagi.. Jujur aku takut bila rasa ini ada.. Takut kalau-kalau ada apa-apa yang akan terjadi.. Harap dijauhkan segala musibah ke atas keluarga aku.. Jadi sebagai manusia yang suka berpaksikan pada testimonial-testimonial orang lain, aku google apakah ubat untuk hati yang gelisah (walhal dah tau apa jawapannya)..

Tiba-tiba macam kematian ayat.. Aku tak tahu nak cakap apa.. Doakan yang baik-baik untuk aku dan keluarga..

Thursday 1 November 2012